SAINTIS
Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan
tahun 1975.
Presiden
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan
menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang
dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut
Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri
daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia
itu diterbangkan ke Paris.
Malah
ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk
hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya
diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal
diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan
autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr.
Maurice Bucaille.
Bucaille
seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19
Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan
keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal
Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk
membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk
menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata,
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati
akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun
penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan
sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses
menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan
tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan
Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran
penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan
iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie
Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine,
Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun
seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini
sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya
umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan
mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras
oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar
sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan
teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr.
Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran
yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah
tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau
semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal
kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran
telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak
lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus
tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku
ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad
(Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah
berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu
beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula
yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti
sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot)
kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm
136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai
apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini
menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila
mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian
mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan
Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan
Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka
salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah
tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami
selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang
datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda
kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille
benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia
dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains
untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu
dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun
bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan
memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali
seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat
mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui
buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice
Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta
sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara
kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai
kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu
ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan
mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran
benar-benar kalam Allah.


